thanks for everything...

Monday, November 23, 2015

Kenapa kita perlu suplemen?


Kenapa Kita Perlukan Suplemen:-


1. Kesuburan tanah sudah berkurangan
Walaupun anda mengambil diet kebanyakannya berasaskan tumbuhan yang sihat dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, tidak ramai yang betul betul memperolehi khasiat sebenar dari sayur yang diambil. Ini kerana kebanyakan sayur dan buah buahan di supermarket adalah tidak organik. Mereka menggunakan baja kimia yang boleh mengurangkan zat sebenar. Malah ada yang mengunakan tanah yang sama ketika menanam . Ini akan mengakibatkan kekurangan zat mineral pada tumbuhan . 

2. Transit Masa untuk Penghantaran Terlalu Lama
Adakah anda perasan kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita beli dari pasaraya kebannyakannya adalah di import dari luar negara. Contohnya buah kiwi, strawberry dan buah epal. Bayangkan berapa lama perjalanan kotak buah nak sampai ke negara kita . Walaupon menaiki kapal terbang . Hakikatnya bukan terus keluar dari KLIA terus sampai ke pasaraya kan? sudah pasti ia ada peringkat peringkat seperti perlepasan imigresen , dan menyebabkan kontena dibiarkan di warehouse berbulan bulan. betul tak? di situ sudah akan menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran kehilangan nutrien yang sepatutnya.

3. Makanan yang Terlebih Masak. 
Amalan pemakanan orang Malaysia memang terkenal sejak dari dahulu lagi ..dari zaman tok nenek moyang kita memang suka menyediakan makanan yang jenis bergoreng . Jika memasak pula terlalu lama kerana dengan harapan kuman pada makanan cepat mati dan selamat di makan. hakikatnya nutrien pada makanan banyak hilang selepas di masak. Jadi apa yang kita dapat ialah lemak gorengan dan rasa enak sahaja . Nutrien seperti vitamin kebanyakannya hilang begitu sahaja.

4. Tidak Sempat memasak 
Zaman sekarang ramai yang sibuk bekerja dan ramai yang tidak dapat menyediakan masakan dari rumah. Jadi apabila sibuk asalkan perut kenyang , mereka memilih makanan segera seperti mcdonald ,kfc etc. Sudah tentu berlaku kekurangan zat makanan jika memilih makanan segera dari luar. 

5. Penuaan secara normal 
Warga tua am nya memang mengalami proses penuaan yang normal. Apabila meningkat usia secara tak langsung sistem badan mula menunjukkan masalah seperti Penghadaman Isu. Semakin kita berusia, tubuh kita menghasilkan kurang enzim,termasukla enzim penting yang diperlukan untuk menghadam danmenyerap nurien yang kita makan. Akhirnya, ini boleh mengakibatkan masalah biasa di kalangan warga tua seperti pedih ulu hati, sakit perut gastrik dan sembelit kronik.

6. Tekanan Oh Tekanan (Stress!!)
kita semua menjalani kehidupan yang sibuk dan ada di antara kita yang lebih sibuk daripada pak menteri! Pelbagai komitmen untuk keluarga, anak sekolah, tempat kerja, komuniti,dan pelbagai lagi kewajipan lain, kehidupan kita jadi tertekan tahap maksimum! Kesemua tekanan ini boleh menyebabkan kesan kepada badan dan melemahkan sistem imun anda. 
Dengan mengambil makanan tambahan , ia boleh membantu untuk merapatkan jurang itu dan beberapanutrisi penting akan disalurkan ke badan untuk berfungsi secara optimum.

No comments:

Post a Comment