thanks for everything...

Saturday, December 26, 2015

Tips banyakkan susu badan

Bagi wanita yang baru melahirkan,pastinya ada keinginan untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Tetapi tidak semua bernasib baik,ada yang hanya dapat menyusu bayi hanya selama dalam tempoh berpantang.
Sebenarnya susu badan boleh jadi meriah dan semua ibu boleh menyusu bayi sehingga 2 tahun. Disini kami berbesar hati berkongsi serba sedikit tips untuk memperbanyakkan susu badan.
Tips Menghasilkan Lebih Banyak Susu
1. Perhatikan cara penyusuan. Betulkan posisi dan lekapan sekiranya bayi tidak melekap dengan betul. Posisi dan lekapan yang betul akan mengembalikan aliran susu ibu.
2. Menyusukan bayi dengan lebih kerap. Penyusuan lebih kerap terutamanya pada hari-hari terawal kelahiran akan membantu penghasilan lebih banyak susu ibu.
3. Pastikan bayi disusukan setiap dua hingga tiga jam dan mengikut yang dikehendaki oleh bayi.
4. Pada waktu malam pula, pastikan jarak menyusu tidak melebihi empat hingga lima jam.
5. Semakin kerap bayi disusukan bermakna lebih isyarat yang dihantar kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu.
6. Mengosongkan payudara antara sesi penyusuan amat penting agar protein perencat susu ibu tidak terkumpul di dalam payudara dan menyebabkan susu berkurangan.
7. Mengosongkan payudara selepas sesi penyusuan adalah salah satu cara yang sangat berkesan bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
8. Memerah selepas sesi penyusuan memang memberikan hasil yang tidak banyak, namun, badan mendapat syarat bahawa lebih banyak susu yang diperlukan.
9. Untuk mengumpul stok susu yang banyak, perahlah selepas sejam sesi penyusuan.
10. Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara untuk menghasilkan susu.
11. Ransangan pada puting ibu dapat menggalakkan refleks ejeksi susu (let down reflex) dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara.
Selain daripada tips & trick di atas, ibu juga perlu makan makanan seimbang, minum air mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan boleh mengambil makanan, suplemen dan ubatan penggalak susu.
Antara makanan penggalak susu yang boleh diamalkan adalah lobak putih, sup betik, kurma, soya, sayur-sayuran hijau, longan kering, herba seperti fenugreek, milk thistle, alfalfa dan macam-macam lagi. Walaupun tidak banyak kajian saintifik yang dijalankan, tetapi ia sudah diamalkan secara turun temurun. Bagi ubat-ubatan pula, antaranya adalah Metoclopromide (Reglan) dan Domperidone (Motilium).
Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu Ibu
👶🏻 Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
👶🏻 Kulit bayi tegang dan lembap.
👶🏻 Berat bayi bertambah mengikut umur iaitu 0-4 bulan purata kenaikan 170 gram, 4-6 bulan 130 gram, dan 6 hingga setahun adalah 60-110 gram.
👶🏻 Kekerapan kencing dan membuang air besar mencukupi seperti rajah di bawah.
👶🏻 Payudara ibu penuh menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
👶🏻 Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan susu ibu.
Saya nak kongsi makanan tambahan yang saya dan ramai ibu-ibu bekerjaya di luar sana amalkan. Cara makan yang mudah, berkesan serta selamat untuk bayi. Namun perlu diingatkan,walaupun ibu mengambil Set Ibu Menyusu ni dan apa jua makanan, herba, suplemen atau ubat yang untuk membanyakkan susu ibu, perlu ditekankan bahawa ia bukanlah “ubat ajaib” yang memberi kesan serta merta. Konsep supply & demand perlu dipatuhi. Apa jua yang ibu makan tidak akan memberi kesan sekiranya ibu tidak menyusu dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap dan efektif. Diharap tips dan info ini membantu ibu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Untuk dapatkan set menggalakkan susu badan,boleh WhatsApp "BF" ke 012-937 8235

No comments:

Post a Comment