thanks for everything...

Sunday, January 3, 2016

Jom Bina Badan


Jika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah lebih daripada sekadar memulakan rutin latihan mengangkat berat. Anda perlu menukar diet pemakanan anda juga. Memilih makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot anda dan juga mengisi zat badan anda selepas senaman.
Berikut adalah tips memilih makanan untuk bina badan ;-
💪 Tingkatkan bahagian hidangan & kadar pengambilan makanan anda. 
Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan.
💪 Atur jadual & waktu makan anda.
Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang anda. Ini memberi masa badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk bersenam. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.
💪 Tambah jumlah karbohidrat dalam diet anda.
Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.
💪 Lebihkan sumber protein dalam makanan anda.
Sebaik-baiknya, anda mahu makan sumber protein tanpa lemak apabila anda cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot.
💪 Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah & sayuran menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot.
Tips Tambahan Yang Penting!
💪 Jangan lupa untuk minum air yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi @ kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
💪 Anda juga boleh mencari & menggunakan sumber vegetarian untuk keperluan protein pada tubuh anda. Anda boleh menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan untuk protein dan juga telur.
Boleh dapatkan set protein shake untuk bina badan dari kami.
WhatsApp "PROTEIN" ke 012-937 8235

No comments:

Post a Comment